Walimatulurus (jemputan kahwin) lelaki - 5 Jun - Bkt Mertajam - Sabtu
Walimatulurus (jemputan kahwin) perempuan - 22 Mei - Kajang - Sabtu

Wednesday, January 20, 2010

may you heal soon, my friend.....

Assalamualaikum, Da Jia Hao & Vanakkam,


7 Jan 2010, Zapril Kulilan atau nama glamournya El-Zaffril telah kemalangan motor. Gambar bawah merupakan gambar sejurus selepas beliau dimasukkan ke hospital, selepas kemalangan.


Bawah: Kemudian beliau diberi kebenaran keluar (dis-charge), dan masuk semula ke Hospital Serdang, seminggu kemudian.... bagi tujuan pembedahan di kepala. X-Ray menunjukkan keretakan pada tulang pipi. Perkataan "Oral Surgery" menunjukkan pembedahan dilakukan pada rahang dalam pipi kiri. Beliau cuma boleh makan benda-benda lembut, disebabkan pembedahan pada rahang.


Bawah: Zapril selepas pembedahan. Nampak pipi kiri (pandangan pembaca dr kanan) bengkak. Mata putih terkena serpihan kemalangan. Alhamdulillah, semuanya baik.


Bawah: kesan jahitan di atas mata kiri dan kepala kiri, bagi memasukkan titanum dalam tengkorak pipi kiri, menyambungkan retakan yg berlaku. Bahagian dalam mulut juga dilakukan pembedahan. 3 pembedahan kesemuanya.


Bawah: pelawat di Hospital Serdang....


Alhamdullilah, Zapril telah keluar wad (dis-charge). Sekarang beliau berehat di rumah adiknya. Untuk maklumat lanjut dan bertanya khabar... hubungi beliau bagi memberi semangat....

Doakan agar beliau sembuh dengan segera .... Amin !

Jumpa lagi !

0 comments: