Assalamualaikum, Da Jia Hao & Vanakkam,
Gambar ini mungkin kontroversi.... tetapi kata org putih " dont judge the book by its cover". Baca sampai habis dulu ya...... Kalau sesetengah tempat, org yg bertunang (lelaki) boleh shj kalau nak angkat hantaran. Ada juga yg tak boleh masuk ke rumah, mahupun tak boleh datang rumah langsung....
Selesai 2 hari di Melaka, (boleh lihat sini), 12 Dec 2009 adalah hari bersejarah bagi mempertemukan 2 buah keluarga. Satu pihak di Pulau Pinang, satu lagi di Johor (hampir dgn pekan Semerah, Batu Pahat). 2 keluarga Utara - Selatan dipertemukan. 6 buah kereta daripada pihak lelaki dari Utara hadir sama. Perjalanan jauh memang memenatkan.....
Ahli kelurga yg hadir....
Nampak tak siapa di hujung sekali sebelah kiri tu ?
Ini gambar close up :D ..... depan sekali di bahagian org tua-tua berunding....
Antara hantaran pihak lelaki.....
Antara hantaran pihak perempuan....
Suka hantaran yg ini... cincin dalam bunga.... puas juru runding cari cincin tak jumpa... moden sgt .....;)
selepas persetujuan kedua-dua pihak, bakal mak mentua menyarungkan cincin pada bakal anak menantu.
Sayang mak.... ;)
Sayang ayah mentua ;)
Dua keluarga yg terlibat...
Ikatan pertunangan termeterai...
Pasangan yg diraikan.... sebelah kiri (pihak lelaki) adalah sepupu...
Makan time !
Semua ahli keluarga dari Penang yg hadir....
Shopping time ! .... Ayer Itam...
berehat di R&R Seremban (Shalala) selepas perjalanan jauh....
Playback:
Jam 9:00 pg - Sarapan di kedai belakang JJ, selepas ambil adik Hisham di bkt beruang...
Jam 11:30 pg - Melintasi Jambatan baru Sg Muar
Jam 12:30 tghari - Sampai di rumah Nazri
Jam 1:45 petang - layan makan cendol sagu & makanan tradisi Jawa
Lokasi minum petang: Kolam Air Panas Sg Grisek.
Kami tiba lebih awal dr rombongan pertunangan, 10 minit lebih awal.....
terima kasih kepada Nazri. Rupa-rupanya rumah Nazri sekampung dengan rumah pihak perempuan. Saya dgn adik Hisham sampai lebih awal daripada rombongan pertunangan kerana kami bertolak dr Melaka. Lagipun, jalan-jalan di Selatan dah biasa....senang nak cari tempat...
Semoga ikatan yg terjalin, diberkati Allah & berkekalan...
* maaf lewat upload & lama tak update kerana kesibukan...

0 comments:
Post a Comment